Friday, November 9, 2007

TIPS DALAM FOREX

Terdapat 3 zone masa pasaran FX yang utama iaitu pagi, petang dan malam. Bagi kita di Malaysia, zone masa pagi bermula sekitar 9.00 hingga 2.00 petang ( 10 -30 mata..ASIA ), zone petang dari pukul 2.00 ptg hingga 8.00 ( 10 - 70 mata…EROPAH ) ptg dan zone malam dari 8.00mlm hingga 1.00 pg ( 10 - 100 mata…EROPAH ). Jika ketiga-tiga zone masa telah diketahui trend pasarannya, maka seseorang trader lebih mudah membuat keputusan sama ada untuk BUY atau SELL dalam sesuatu zone time yang berkenaan. Oleh itu urus niaga dapat dijalankan dengan tenang dan selesa kerana keadaan pasaran telah dijangka.Forex News adalah penting untuk menentukan trend pasaran dalam zone masa yang berkenaan sama ada menaik atau menurun. Namun setelah news diketahui, perkara kedua yang harus diberi perhatian ialah berapa banyak untung yang menjadi sasaran pada hari berkenaan. Jika seseorang trader ingin mencapai sasaran untung yang tinggi, trader harus peka pula dengan analisis teknikal.MENENTUKAN SASARAN UNTUNG DENGAN ANALISIS TEKNIKALDalam analisis teknikal, keadaan pasaran zone pagi selalunya tidak menentu. Dalam zone pagi suasana pasaran selalunya sangat kerap turun dan naik. Ia di panggil YOYO time. Target untung tidak banyak ia berlegar sekitar 8 hingga 10 pips sahaja. Manakala zon petang keadaan pasaran agak lega. Sasaran target untung anda 10 hingga 30 pips. Manakala zon yang paling cergas adalah zon malam iaitu antara 9.00mlm hingga 1.00pgi. sasaran target untung antara 10 hingga 100 pips. Jika news memberangsangkan pada hari berkenaan anda boleh mencapai 500 hingga 1000 pips hanya dalam satu malam.Jika sasaran untung anda tinggi, adalah lebih baik anda buat trading di waktu malam. Jika sasaran untung anda sederhana atau rendah anda boleh buat trading waktu pagi atau petang. Namun yang paling penting, ambilah sasaran untung yang selesa, tidak terlalu rendah dan terlalu tinggi. Keadaan ini akan dapat menentukan anda sentiasa selesa semasa membuat trading. TIPS MENGHADAPI NFP ( NON FARM PAYROLL )Keadaan ini akan berlaku sebulan sekali sepanjang tahun untuk market ERU / USD sahaja. Pasaran lain tidak diketahui. Keadaan ini terjadi apabila berlaku penyelarasan ekonomi baru untuk bulan berkenaan. Keadaan NFP akan berlaku pada awal bulan minggu pertama setiap bulan tepat pukul 9.30 malam. Apabila NFP berlaku pasaran akan naik dan turun terlalu banyak antara 100 - 200 pips dalam masa 1 saat. Tetapi ada kalanya ia cuma turun sahaja atau naik sahaja pada kadar pips yang tinggi. Seperti keadaan yg berlaku pada 9 mac 2007 pukul 9.30 mlm, pada jangkaan pasaran USD akan lemah dan akan menyebabkan kenaikan ERU. Tetapi keadaan berlaku terbalik, iaitu ERU lemah dan terus turun sehingga 100 pips. Tetapi selepas itu ia tidak naik semula.Walau bagaimanapun keadaan seperti ini jarang berlaku. Dalam 5 tahun ia hanya berlaku sekali sahaja. Dalam keadaan biasa ia akan naik dan turun seimbang.Apabila menjelang NFP trader mempunyai peluang untuk memaksimumkan untung.30 MINIT sebelum berlaku NFP seperti yg ditetapkan dalam news anda perlu membuat persediaan sewajarnya. Tujuan anda bersedia adalah untuk mendapat untung lebih berbanding biasa.Langkah 1. -Tentukan berapa banyak floating buy atau sell.Langkah 2. - Imbangkan floating buy dan sell supaya sama banyak.Langkah 3. - Set target profit antara 30 - 50 pips utk satu posisi.Anda bertindak untuk membuat penyelarasan ini selewat-lewatnya 5 minit sebelum NFP berlaku. Kemudian jika NFP berlaku dengan pergerakkan perlahan, cepat-cepat tutup posisi yang telah untung. Jika lambat, bimbang akan berlaku sebaliknya.Dengan NFP semua floating akan tertutup dan dengan itu anda akan memperolehi untung maksimum pada hari berkenaan.TIPS UNTUK MARGIN CALLBERTAHAN DENGAN KESEIMBANGAN BUY DAN SELLMasalah utama margin call ialah apabila modal anda tidak cukup untuk menahan asakkan keadaan pasaran. Jika berlaku terlalu banyak posisi BUY pasaran menurun akan menyebabkan margin call dan begitu juga keadaan sebaliknya.Teknik menahan asakkan margin call ialah dengan membuat imbangan terhadap bilangan BUY dan SELL. Ini bermakna jika anda telah membuka 5 posisi BUY anda harus imbangkan dengan membuka 5 posisi SELL. Jika berlaku penurunan atau kenaikkan pasaran, salah satu posisi akan untung. Disamping itu salah satu posisi pula akan rugi. Tetapi untuk melawan kerugian berkenaan anda mesti membuka semula poisis yang telah tutup selepas untung. Dengan itu sekali lagi anda telah mengimbangi posisi yang masih belum tutup dan masih rugi. Begitulah keadaan seterusnya, sehingga kedua-dua posisi tutup semua sekali sama ada BUY atau SELL. Putaran keadaan ini akan berlarutan sehingga adakalanya mencapai 2 hingga 3 bulan atau lebih. Penamat bagi keadaan ini selalunya berlaku apabila situasi NON FARM PAY ROLL (NFP) yg akan berlaku pada setiap bulan awal bulan berkenaan.Jika berlaku situasi NFP pasaran akan naik dan turun dalam satu saat sangat tinggi sehingga mencapai 100-200 pips.Dengan itu semua posisi yang masih floating akan tertutup DENGAN UNTUNG semua sekali.TIP BERTAHAN dengan MODAL.Satu lagi teknik bertahan untuk menghadapi Margin Call ialah dengan bersedia dengan modal. Jika anda menggunakan plat form marketiva modal stand by telah sedia masuk dalam AKAUN "default". Maknanya anda telah sedia egold dalam marketiva. Cuma anda tidak menggunakannya untuk masuk dalam akaun trading.Tujuan persediaan ini adalah untuk menahan margin call. Jika berlaku juga margin call anda mudah saja memasukkan modal ke dalam akaun "DESK". Setelah masuk modal dalam akaun ini, bermakna modal sedia ada yang sedang masuk pasaran akan ditambah. Selepas akaun ditambah automatic margin call akan tamat. Ini menandakan keadaan akaun anda telah kuat semula dalam menghadapi asakkan rugi.TIPS STOP LOSSStop loss bertujuan untuk mengelakkan kerugian yang lebih banyak. Caranya anda set target secara auto terhadap stop loss. Jika sampai target rugi yang ditetapkan pasaran akan tutup secara auto.

No comments: